Posted on

Siapa Allah?

Allah1

photo credit: Kalimah Allah di Hagia Sophia, Istanbul via photopin

Pernahkah anda ditanya Siapa Allah? atau pernahkah anda bertanyakan soalan yang sama kepada diri anda sendiri?

Kita telah hidup di dunia ini sehingga ke hari ini dan kebanyakan daripada kita menyembah Allah sejak lahir, tetapi berapa ramai antara kita benar-benar tahu siapa Dia?

Allah adalah perkataan Arab yang membawa maksud Tuhan yang Satu, Satu-satunya Pencipta dan Penyedia Alam Semesta. Sebagai seorang Islam kita menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa, Tiada Tuhan selain-Nya seperti yang dilafazkan dengan jelas di dalam dua kalimah syahadah:

أَشْهَدُ أَن لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah”

Namun demikian, adakah anda benar-benar percaya dalam hati, bahawa tiada Tuhan selain Allah?

Bagaimana jika terdapat lebih daripada satu Tuhan?
Jika terdapat lebih daripada satu Tuhan, kita tidak boleh memanggil mereka Allah kerana tiada kata ganda bagi Allah di dalam bahasa Arab. Terdapat kada ganda bagi Tuhan iaitu Tuhan-tuhan tetapi tiada kata ganda untuk Allah seperti Allah-allah, yang ada hanyalah Allah Yang Maha Esa.

Bagaimana Allah dapat mewujudkan dan menyediakan seluruh Alam Semesta seorang diri?
Alam semesta ini sangat luas sehinggakan tiada seorang manusia pun yang mampu mencipta mahupun menyediakannya seorang diri …. Chop! anda sebut manusia kan(x3)? bukan Tuhan kan? … Tuhan yang sebenar mampu melakukannya seorang diri tanpa bantuan daripada sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan bukannya manusia. Lagipun, mengapa kita perlu menyembah Tuhan yang memiliki kelemahan seperti manusia.

Adakah Allah lelaki atau perempuan?
Tidak, Dia tidak mempunyai jantina. Jika Allah mempunyai jantina dia memerlukan pasangan. Ini bermakna dia memerlukan yang lain dan Dia bukannya Allah.

هُوَ اللهُ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَٰلِمُ الْعَيْبِ وَالشَّهَٰدَةِ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ.

“Dialah Allah, Tiada Tuhan selain-Nya, Yang Mengetahui yang ghaib mahupun yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ” (Al-Hasyr:22)